Wednesday 4 March 2015

Dakwah Di Jalanan Bersama Usim Buskers

Mendapat liputan dan kerjasama Utusan Malaysia

28 February 2015 saya dijemput oleh Pusat Kebudayaan Usim untuk join satu program berunsur dakwah di jalanan-Berhibur Sambil Berdakwah, yang telah dijalankan di Pasar Seni Kuala Lumpur.

Saya amat tertarik dengan konsep yang diperkenalkan. Sambil berbusking, diselitkan antara setiap lagu dengan perkongsian pesanan-pesanan dari Alquran dan Hadis Nabi serta perkongsian doa dan nasihat-nasihan yang positif seperti hormati ibu bapa, perkongsian doa ibu bapa, menyeru kepada cinta pada Allah dan Rasul dan banyak lagi. Semuanya dilakukan secara santai tanpa dibebani dengan nasihat-nasihat yang berat yang pening kepala. I like. :)

Ramai yang datang menyaksikan program tersebut rata-rata bei feedback yang amat positif. Jadi bagi saya sendiri program ini amat baik untuk diteruskan, turun padang mendekati masyarakat dan menyebarkan kebaikan melalui seni berbudaya.

Turut mendapat liputan Hip Remaja
Dengar kata mereka akan buat roadtour di beberapa lokasi terpilih lepas ni. Sama ada saya dijemput lagi atau tidak itu belum pasti. Tapi yang pastinya insyaAllah mereka akan teruskan dengan usaha dakwah mereka melalui kesenian dan kebudayaan.

Tahniah Pusat Kebudayaan USIM saya ucapkan!

Mendapat liputan khas dua muka surat oleh UTUSAN MALAYSIA

Monday 2 March 2015

Trick mudah menang setiap pertandingan nasyid

Sepanjang pengalaman saya terlibat dalam pelbagai jenis pertandingan nasyid selama lebih 10 tahun, jatuh bagun saya selama saya terlibat dalam beberapa kumpulan nasyid sama ada saya sendiri bertanding, mengajar mahu pun menjadi juri dari peringkat sekolah rendah sampai peringkat universiti seterusnya peringkat 'mainstream' dan recording, saya dapati terlalu banyak sebenarnya ruang dan peluang untuk kumpulan nasyid berkembang dengan lebih ke depan lagi, apatah lagi untuk mendapat tempat di setiap jenis pertandingan, jika tahu caranya dengan menggunakan strategi yang tepat.


Masih ramai yang tercari-cari dan teraba-raba mencari formula untuk menjadi kumpulan nasyid yang terbaik. Tak kurang juga yang masih fokus kepada perkara yang tak penting berbanding perkara yang lebih penting yang patut difokuskan.

Saya nak reveal sebahagian trick untuk mudah 'dapat tempat' dalam setiap pertandingan nasyid.

Standard pemarkahan pertandingan nasyid dalam apa jua jenis pertandingan sama ada peringkat sekolah, kolej, universiti, jabatan kerajaan mahu pun petandingan terbuka biasanya lebih kurang sama (walaupun ada sedikit perbezaan setiap pertandingan) ikut pembahagian di bawah:-

Vokal - 40-50%
Lagu - 30-40%
Lirik - 10%
Persembahan - 10%

Ini adalah standard yang general dalam apa jua jenis pertandingan nasyid. Jadi apa yang perlu dibuat, kumpulan harus tekankan bahagian Vokal, Lagu dan Lirik.

Macam mana? Nak saya explain secara detail satu per satu?

Tunggu post saya akan datang, insyaAllah saya akan terangkan satu per satu tentang trick dan formula penting macam mana nak tackle markah yang tinggi pada Vokal, Lagu dan Lirik. 

InsyaAllah satu per satu saya akan kupas.

Wallahu'alam.

Thursday 20 November 2014

Bismillah...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Saya mulakan pengisian di blog ini agar ia menjadi permulaan yang baik serta diberkati sepanjang kewujudannya.

Saya juga harapkan dengan wujudnya blog ini akan memberi manfaat kepada seramai orang yang boleh terutama yang meminati hiburan yang disandarkan pada ketuhanan.

Antara tujuan utama kewujudan blog ini adalah sebagai landasan perkongsian ilmu yang berkaitan dengan penghasilan karya indah yang bersulam syariat sesuai dengan keindahan Islam itu sendiri.

Nantikan apa yang bakal saya kongsikan dalam blog ini.