Monday, 2 March 2015

Trick mudah menang setiap pertandingan nasyid

Sepanjang pengalaman saya terlibat dalam pelbagai jenis pertandingan nasyid selama lebih 10 tahun, jatuh bagun saya selama saya terlibat dalam beberapa kumpulan nasyid sama ada saya sendiri bertanding, mengajar mahu pun menjadi juri dari peringkat sekolah rendah sampai peringkat universiti seterusnya peringkat 'mainstream' dan recording, saya dapati terlalu banyak sebenarnya ruang dan peluang untuk kumpulan nasyid berkembang dengan lebih ke depan lagi, apatah lagi untuk mendapat tempat di setiap jenis pertandingan, jika tahu caranya dengan menggunakan strategi yang tepat.


Masih ramai yang tercari-cari dan teraba-raba mencari formula untuk menjadi kumpulan nasyid yang terbaik. Tak kurang juga yang masih fokus kepada perkara yang tak penting berbanding perkara yang lebih penting yang patut difokuskan.

Saya nak reveal sebahagian trick untuk mudah 'dapat tempat' dalam setiap pertandingan nasyid.

Standard pemarkahan pertandingan nasyid dalam apa jua jenis pertandingan sama ada peringkat sekolah, kolej, universiti, jabatan kerajaan mahu pun petandingan terbuka biasanya lebih kurang sama (walaupun ada sedikit perbezaan setiap pertandingan) ikut pembahagian di bawah:-

Vokal - 40-50%
Lagu - 30-40%
Lirik - 10%
Persembahan - 10%

Ini adalah standard yang general dalam apa jua jenis pertandingan nasyid. Jadi apa yang perlu dibuat, kumpulan harus tekankan bahagian Vokal, Lagu dan Lirik.

Macam mana? Nak saya explain secara detail satu per satu?

Tunggu post saya akan datang, insyaAllah saya akan terangkan satu per satu tentang trick dan formula penting macam mana nak tackle markah yang tinggi pada Vokal, Lagu dan Lirik. 

InsyaAllah satu per satu saya akan kupas.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment